Treasure Hunt..
Salam suma, lamak ada jak sik jenguk ngan update blog tok. Nak cita sikit apa yang berlaku ngan MK kebelakangan tok. Banyak gilak briefing start dari minggu ya tek. Minta-minta projek kali tok berjalan lancar. Doakan kejayaan mek orang ok.

Dalam kesibukan ya MK ari tok join treasure hunt organized by cdak opis tok la. Nang berangat jak muka, nindak treasure hunt start kol 3.30pm. Udah la ari tok nang panas ada jak. Berlepas dari opis mek orang la, Menara Axis. Treasure hunt ya sekitar2 opis mek orang sampe la kat Menara TM. Suma tempat nok di cover ya related ngan kompeni mek orang.

Fun and exciting, walaupun penat gila.. tapi syok woo. Lamak dah sik molah aktiviti kedak tok. Last ari ya pun last year, Team Building kat Bukit Tinggi. Team MK menghabiskan Treasure Hunt ya tempat ke-2. Tapi before ya ada quiz nok lain yang perlu mek orang complete before taking part in Treasure Hunt.

Sebab dunia tok dah canggih, all answer yang mek orang dapat ya sent tru SMS/MMS, kebanyakannya pic la. So esok MK amik leave, nak rest badan ngan otak.
BIZY BODY..
Lama dah tak update blog ni. Lately MK bz...kadang2 jenguk jugak blog2 kengkawan yang lain. Sekadar mengikuti perkembangan anda2 semua.

Apa yang menyebabkan MK buzy:

Kat opis...
1. Kena wat keja orang, keja sendiri dah fully transferred.
2. Kena wat checking keja new staff, merangkap mata2 bos. (hehehe)
3. Kena jawab big bos nye query sebab tengah memangku keja bos yg sibuk ngan new project.
4. Jadi reference budak2 baru yang tak reti2 nak independent lagi.

Kat umah...
1. Sibuk ngan anak2.
2. Pas anak2 tido, sibuk egg hunting kat FB ( dah abis dah semalam).
3. Baca news, update diri sendiri.
4. Tidoq, penat dah sehari2..

Last Friday sampai Monday (semalam) public holiday kat Hong Kong..MK pun coti ikut dorang la. Tengok la dalam masa terdekat ni lagi bz, nanti la surprise dulu kat suma. Nanti kalau project dah jalan MK akan story..

Ahad lepas sempat gak gi Pc Fair, KLCC..orang bersesak2...rimas betul la. Huby dah grab satu notebook Lenovo, dia dah mengidam dari dulu lagi. Biar la..for me if I want something kena la penuhi sebab tu la sentiasa faham kehendak orang lain, bab2 beli barang ni huby slalunya akan mintak consultation kat wife dia (merangkap treasurer) kena wat comparison dulu. Satisfied baru leh beli. Bukan berkira sebab kalau nak beli something kena fikir keperluan semasa. Ok all, nanti kita sambung lagi ek..

Perkahwinan bukan semata-mata untuk seks
Kengkawan sekalian dibawah ini ada satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Keseluruhannya MK amat bersetuju dengan penulis ini. Sex is not everything in marriage, but it spice up ur life.. selamat membaca.

Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia:

Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak melanda istana roboh berderai. Sebolehnya jadikanlah binaannya kukuh, sekukuh istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan tetap utuh dan teguh.



Namun kekukuhan dalam perkahwinan itu memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.

Bagaimanapun, apabila melayari sebuah bahtera perkahwinan ramai yang menyatakan bahawa kebahagiaan dalam rumah tangga sebenarnya hanya bergantung kepada seks semata-mata.
Memang tidak dinafikan bahawa seks amat penting di dalam perkahwinan dan juga membawa kepada beberapa akibat buruk jika tidak dipenuhi, namun itu bukanlah syarat utama dalam kemanisan kehidupan sesebuah perkahwinan.

Pensyarah Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berpendapat, sesebuah perkahwinan yang bahagia harus mempunyai komponen kasih sayang, saling mempercayai dan menghormati, di samping memenuhi zahir dan batin.

Kehidupan suami isteri perlu seimbang dalam pelbagai aspek. Tidak boleh memberi keutamaan kepada satu aspek sahaja, contohnya hubungan seks semata-mata tetapi sebaliknya harus bersifat sederhana.

Bersederhana dalam erti kata cukup dalam memaniskan dan mengekalkan keutuhan rumah tangga itu. Misalnya dalam mencari kemewahan, janganlah sehingga mengabaikan keluarga sehingga keadaan porak peranda.



Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memain peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak.

"Ini kerana dari segi psikologi, lelaki dan wanita berbeza kehendak seksualnya. Organ-organ jantinanya berbeza. Lelaki dan wanita perlu sedikit pengetahuan mengenai seksualiti, barulah kepuasannya itu dirasai oleh kedua-dua pihak.

"Selain itu, rata-rata wanita Asia seorang yang pemalu, tidak bersifat terbuka mengenai isu berkaitan dengan seks, lebih memendam rasa dan tidak suka berterus terang dengan suami. Ada juga isteri hanya mahu menanti dan bahkan tidak pernah diberi peluang untuk mencapai kepuasan.

"Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami-isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan,'' katanya ketika ditemui di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Menurut Dr. Saedah, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang dianugerahkan Allah dengan tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat anak Adam dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.

Di samping itu, ia juga antara kaedah dala menguruskan tekanan atau stres serta menjalin hubungan mesra dan menyemai kasih sayang serta cinta antara suami isteri.

"Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan, ia hanya bentuk aktiviti yang bertanggungjawab serta halal. Oleh itu, suami tidak harus memberi keutamaan dalam hal ini sedangkan banyak lagi komponen yang penting dalam melayari bahtera tersebut.


"Bahkan, tanggungjawab suami juga cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumah tangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumah tangga,'' tambahnya.

Katanya yang berpengalaman dalam bidang kaunseling hampir 20 tahun, dalam membina sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan untuk sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami, sentiasa berbincang dan bermusyawarah. Sifat ini amat perlu sama ada dalam menghadapi permasalahan kecil atau pun besar.

"Tanggungjawab suami sebagai pemimpin dalam sebuah rumah tangga merupakan satu amanah Allah yang wajib ditunaikan. Ini bermakna menjadi tanggungjawab kepada suami untuk menanggung perbelanjaan keluarga mengikut kemampuannya.

"Kewajipan ini termasuk juga sama ada isteri mempunyai harta atau pendapatan sendiri. Bagaimanapun isteri boleh menyumbang untuk perbelanjaan keluarga dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

"Oleh itu, sebagai suami , mestilah sedaya upaya berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab menyediakan perbelanjaan keluarga seperti tempat tinggal, pakaian, makan, minum dan sebagainya. Cuai memberi nafkah zahir adalah merupakan satu dosa,'' tegasnya.

Secara kesimpulan, peranan seks dalam perkahwinan perlulah bersifat sederhana, janganlah ia dijadikan tunjang utama sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain. Suami isteri perlu memahami peranan masing-masing dalam perkahwinan, jika mahu melihat ia terus utuh.
Cost Saving!
Memandangkan kejatuhan ekonomi yang berlaku waktu tok. Macam2 inisiatif diambik oleh company2 yang terjejas dengan situasi tok. Mun disektor perkilangan rame pekerja cdak kenak retrench, ada juak sampe nutup kilang. Mun disektor perbankan cdak disarankan untuk ngambik cuti tanpa gaji.

Sik terkecuali ngan company tempat MK keja tok. Antara inisiatif cost saving cdaknya ialah:

1. No increment for this year. (luckily we have quaterly bonus, mun sik ada juak kesian la mek orang)

2. Minimize overtime, lagik bagus mun sik overtime terus. Mun nak overtime kenak inform supervisor and dapat approval dolok.

3. Use recycle paper for internal use. (sebelum tok ada juak, tapi kinek tok memang ada orang monitor bab2 recycle tok)

4. Switch off the light during lunch time. Only certain area jak boleh bukak lampu.

5. PC, printer and scanner must be switched of mun sik dipakey.


So kita yang masih bekerja kinek tok, syukur Alhamdulillah kerna masih gik bernasib bait. Dedicated lah ngan keja kitak orang. Individu pun mun boleh try kurangkan perbelanjaan. Mun kitak orang diam di KL tok memang sik terasa gilak. Mun weekend shopping mall masih juak penuh, tengah bulan pun still ada juak orang shopping sakan.
Trapped..
Pagi ni macam biasa MK datang ofis lebih kurang pukul 8. Dekat lobi lif tu nampak satu pakcik guard berdiri dekat depan satu lif, tengah cakap dan menekapkan telinga dia kat pintu lif tu.

Pak Cik Guard: Helo tunggu kejap yer, kita dah panggil lift service.

Mak aih ada orang terperangkap dalam lift ker. MK tak tau dari pukul baper orang tu dah terperangkap dalam lift. Tapi bila MK naik atas tanya kat kengkawan dorang cakap time dorang datang pun dah start trapped la orang tu. Uishh kesiannya, dah la lift tu panas no aircond. Mau pengsan la. Agak dalam 40 minit gak la budak tu trapped, tau-tau colleague MK yang kerja night shift nak beli bekfes. Adus..punya la pengalaman.

MK nak tanya kalau korang sesorang trapped in lift ape yang korang akan buat? 1st thing jangan la panic pas tu tekan la butang loceng yang disediakan. Kalau tepon boleh digunakan try mintak pertolongan kat kengkawan. (biasanya dalam lift tepon tak leh guna). Kalau takde bantuan tiba jugak, try la "bang" pintu lift tu or make some noise to attract people.

Menakutkan betul la...Lagu kat bawah ni takde berkenaan pon ngan MK nye coretan ari ni..Jerat Percintaan dari Siti Nurhaliza..layannnn..
Siti Nurhaliza Jerat Percintaan
Dalam pertemuan iniKita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaanYang tidak disangkakan
Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan
Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi
Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian
Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya