Mesti kitak orang tertanya2 cney aku pegi selamak tok. Aku stress dan benar2 depress, sampe satu tahap aku rasa aku dah sik boleh pergi gik dengan kerja aku. Aku jatuh sakit and diberik cuti rehat oleh doktor.
Aku amik tindakan tuk berenti kerja, aku dah sik mampu agik nak nanggung. Salahkah tindakan aku tok? Dah 2 bulan aku merana..sik tauk la cam ne gik nak madah. Aku bukan lari dari tanggungjawab, tapi aku rasa aku dah sik mampu bertahan.
Aku manusia perlukan ruang dan masa tuk dirik mpun, tuk family..dah sik sanggup aku menghamba abdikan dirik ngan keja tok. Buat semua family thanks for all the support. Untuk huby tersayang, minta maaf sayang and thank you so much..u always be there for me.
Duit memang penting, tapi ada benda lain yang lebih berharga dan bernilai dari ya. Renungkan lah kengkawan suma...
Khamis, Julai 16, 2009
Aku Depressed..
Dicatat oleh Mawar Kenyalang di Khamis, Julai 16, 2009 1 ulasan
Label: My Story
Khamis, April 23, 2009
Treasure Hunt..
Dalam kesibukan ya MK ari tok join treasure hunt organized by cdak opis tok la. Nang berangat jak muka, nindak treasure hunt start kol 3.30pm. Udah la ari tok nang panas ada jak. Berlepas dari opis mek orang la, Menara Axis. Treasure hunt ya sekitar2 opis mek orang sampe la kat Menara TM. Suma tempat nok di cover ya related ngan kompeni mek orang.
Fun and exciting, walaupun penat gila.. tapi syok woo. Lamak dah sik molah aktiviti kedak tok. Last ari ya pun last year, Team Building kat Bukit Tinggi. Team MK menghabiskan Treasure Hunt ya tempat ke-2. Tapi before ya ada quiz nok lain yang perlu mek orang complete before taking part in Treasure Hunt.
Sebab dunia tok dah canggih, all answer yang mek orang dapat ya sent tru SMS/MMS, kebanyakannya pic la. So esok MK amik leave, nak rest badan ngan otak.
Dicatat oleh Mawar Kenyalang di Khamis, April 23, 2009 3 ulasan
Label: My Story
Selasa, April 14, 2009
BIZY BODY..
Apa yang menyebabkan MK buzy:
Kat opis...
1. Kena wat keja orang, keja sendiri dah fully transferred.
2. Kena wat checking keja new staff, merangkap mata2 bos. (hehehe)
3. Kena jawab big bos nye query sebab tengah memangku keja bos yg sibuk ngan new project.
4. Jadi reference budak2 baru yang tak reti2 nak independent lagi.
Kat umah...
1. Sibuk ngan anak2.
2. Pas anak2 tido, sibuk egg hunting kat FB ( dah abis dah semalam).
3. Baca news, update diri sendiri.
4. Tidoq, penat dah sehari2..
Last Friday sampai Monday (semalam) public holiday kat Hong Kong..MK pun coti ikut dorang la. Tengok la dalam masa terdekat ni lagi bz, nanti la surprise dulu kat suma. Nanti kalau project dah jalan MK akan story..
Ahad lepas sempat gak gi Pc Fair, KLCC..orang bersesak2...rimas betul la. Huby dah grab satu notebook Lenovo, dia dah mengidam dari dulu lagi. Biar la..for me if I want something kena la penuhi sebab tu la sentiasa faham kehendak orang lain, bab2 beli barang ni huby slalunya akan mintak consultation kat wife dia (merangkap treasurer) kena wat comparison dulu. Satisfied baru leh beli. Bukan berkira sebab kalau nak beli something kena fikir keperluan semasa. Ok all, nanti kita sambung lagi ek..
Dicatat oleh Mawar Kenyalang di Selasa, April 14, 2009 1 ulasan
Label: My Story
Jumaat, April 03, 2009
Perkahwinan bukan semata-mata untuk seks
Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak melanda istana roboh berderai. Sebolehnya jadikanlah binaannya kukuh, sekukuh istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan tetap utuh dan teguh.

Namun kekukuhan dalam perkahwinan itu memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.
Memang tidak dinafikan bahawa seks amat penting di dalam perkahwinan dan juga membawa kepada beberapa akibat buruk jika tidak dipenuhi, namun itu bukanlah syarat utama dalam kemanisan kehidupan sesebuah perkahwinan.
Pensyarah Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berpendapat, sesebuah perkahwinan yang bahagia harus mempunyai komponen kasih sayang, saling mempercayai dan menghormati, di samping memenuhi zahir dan batin.
Kehidupan suami isteri perlu seimbang dalam pelbagai aspek. Tidak boleh memberi keutamaan kepada satu aspek sahaja, contohnya hubungan seks semata-mata tetapi sebaliknya harus bersifat sederhana.
Bersederhana dalam erti kata cukup dalam memaniskan dan mengekalkan keutuhan rumah tangga itu. Misalnya dalam mencari kemewahan, janganlah sehingga mengabaikan keluarga sehingga keadaan porak peranda.

"Ini kerana dari segi psikologi, lelaki dan wanita berbeza kehendak seksualnya. Organ-organ jantinanya berbeza. Lelaki dan wanita perlu sedikit pengetahuan mengenai seksualiti, barulah kepuasannya itu dirasai oleh kedua-dua pihak.
"Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami-isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan,'' katanya ketika ditemui di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Menurut Dr. Saedah, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang dianugerahkan Allah dengan tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat anak Adam dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.
Di samping itu, ia juga antara kaedah dala menguruskan tekanan atau stres serta menjalin hubungan mesra dan menyemai kasih sayang serta cinta antara suami isteri.
"Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan, ia hanya bentuk aktiviti yang bertanggungjawab serta halal. Oleh itu, suami tidak harus memberi keutamaan dalam hal ini sedangkan banyak lagi komponen yang penting dalam melayari bahtera tersebut.
"Bahkan, tanggungjawab suami juga cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumah tangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumah tangga,'' tambahnya.
Katanya yang berpengalaman dalam bidang kaunseling hampir 20 tahun, dalam membina sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan untuk sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami, sentiasa berbincang dan bermusyawarah. Sifat ini amat perlu sama ada dalam menghadapi permasalahan kecil atau pun besar.
"Kewajipan ini termasuk juga sama ada isteri mempunyai harta atau pendapatan sendiri. Bagaimanapun isteri boleh menyumbang untuk perbelanjaan keluarga dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
Dicatat oleh Mawar Kenyalang di Jumaat, April 03, 2009 6 ulasan
Label: Tips Rumahtangga
Khamis, April 02, 2009
Cost Saving!
Sik terkecuali ngan company tempat MK keja tok. Antara inisiatif cost saving cdaknya ialah:
1. No increment for this year. (luckily we have quaterly bonus, mun sik ada juak kesian la mek orang)
2. Minimize overtime, lagik bagus mun sik overtime terus. Mun nak overtime kenak inform supervisor and dapat approval dolok.
3. Use recycle paper for internal use. (sebelum tok ada juak, tapi kinek tok memang ada orang monitor bab2 recycle tok)
4. Switch off the light during lunch time. Only certain area jak boleh bukak lampu.
5. PC, printer and scanner must be switched of mun sik dipakey.
Dicatat oleh Mawar Kenyalang di Khamis, April 02, 2009 4 ulasan
Label: My Story
Rabu, April 01, 2009
Trapped..
Pak Cik Guard: Helo tunggu kejap yer, kita dah panggil lift service.
Mak aih ada orang terperangkap dalam lift ker. MK tak tau dari pukul baper orang tu dah terperangkap dalam lift. Tapi bila MK naik atas tanya kat kengkawan dorang cakap time dorang datang pun dah start trapped la orang tu. Uishh kesiannya, dah la lift tu panas no aircond. Mau pengsan la. Agak dalam 40 minit gak la budak tu trapped, tau-tau colleague MK yang kerja night shift nak beli bekfes. Adus..punya la pengalaman.
MK nak tanya kalau korang sesorang trapped in lift ape yang korang akan buat? 1st thing jangan la panic pas tu tekan la butang loceng yang disediakan. Kalau tepon boleh digunakan try mintak pertolongan kat kengkawan. (biasanya dalam lift tepon tak leh guna). Kalau takde bantuan tiba jugak, try la "bang" pintu lift tu or make some noise to attract people.
Menakutkan betul la...Lagu kat bawah ni takde berkenaan pon ngan MK nye coretan ari ni..Jerat Percintaan dari Siti Nurhaliza..layannnn..
Dicatat oleh Mawar Kenyalang di Rabu, April 01, 2009 4 ulasan
Label: My Story
Khamis, Mac 26, 2009
Miscarriage
Ini pengalaman pahit yang MK tak pernah lupa. Berlaku tahun 2006, tahun ni tahun penghijrahan MK ke K.L, sebab mengikut tuan inspektor yang bertugas di Bukit Aman. Bila kita mengharap sesuatu kita tak dapat, memang kecewa sangat.
Masa tu dah masuk 11 weeks, pas tu MK spot got some bleeding. Tak banyak cikit2, MK gi klinik tapi doktor kata ok. 2nd day tu still bleed lagi..and on the 3rd day cakap kat huby come we have to go to hospital to check. Sebab huby nak cepat just drop me at the hospital, HKL. Need to wait a few minutes before they send me to the doctor. Nak tunggu doktor periksa plak amik masa, rasanye berjam jugak la MK tunggu.
Bila turn MK, doktor tanye apa yang berlaku. MK crita la suma, pas tu doktor buat scan. Betapa luluh nye hati MK bila dapat tau yang dah takde ape2 yang tinggal, cuma ada sarung jer kat dalam. MK nangis, rasa tertekan sangat. Doktor cakap, its all about the baby itself yang tk grow. Supposed kalau baby dah 11 weeks dah leh dapat tengok dia punye bentuk. Bayangkan that time MK sorang2, sebab huby just antar je dia ada tugas. Rasa sedih yang teramat, cikit2 nangis.
That time actually MK patutnya dah mula keja kat satu accounting firm ni. So terpaksa tangguhkan, dapat cuti sakit 2 minggu. Doktor suruh rehat 6 bulan baru boleh conceive lagi. Tepat2 6 bulan, MK conceive. Keja dah stabil, suma dah ok. Alhamdulillah sebab MK memang takde ape masalah during pregnancy. This pregnancy MK betul2 jaga. Yang bestnye masa pregnant Fikri, Fikri slalu jadi model. MK wat check up kat PPUM, dia orang call suh jadi model tuk a few occasion jugak. Scan 3d skali, leh tgok muka dia waktu dalam kandungan lagi. Waktu nak bersalin pun mudah, rasa sakit sikit2 terus bukak 8cm..masuk labour room a few minutes dah bersalin.
Kat bawah ni MK share sign of miscarriage:
If you suspect you may be miscarrying, contact your doctor.. Miscarriage symptoms may include:
Complete loss of all pregnancy symptoms (although symptoms will come and go throughout pregnancy and that can be normal)
Bleeding - usually quite heavy and red (brown blood does not necessarily indicates a possible complication as it is likely just old blood)
Severe cramping (mild cramping can be normal in pregnancy)
vomiting and/or diarrhea
Passing tissue or grayish matter
Dicatat oleh Mawar Kenyalang di Khamis, Mac 26, 2009 4 ulasan
Label: Health Info
Isnin, Mac 23, 2009
Bedroom Again..(18sx)
Simple self improvement tips:

Talk about it..
- Is your partner doing something that pleases you? Tell him or her. It's called positive reinforcement.
- Make concrete requests, such as, "Hold me and kiss me.'' This is more likely to get the desired result than expressing a vague wish, like "Be romantic."
- Talk gently and honestly about sex afterward, about what worked and what didn't. When stating your preferences, begin by saying something like "I like it when . . ." It sounds better (and will evoke better results) than "You always do this wrong . . ."
Honesty, the Best Policy
Tell the truth, walaupun kadang ia melukakan atau menyinggung perasaan pasangan anda. Do communicate it clearly with your partner. What you like or dislike. Maybe it can help both of you with a better one.
Dicatat oleh Mawar Kenyalang di Isnin, Mac 23, 2009 4 ulasan
Label: Tips Rumahtangga