Showing posts with label Tips Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Tips Rumahtangga. Show all posts
Perkahwinan bukan semata-mata untuk seks
Kengkawan sekalian dibawah ini ada satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Keseluruhannya MK amat bersetuju dengan penulis ini. Sex is not everything in marriage, but it spice up ur life.. selamat membaca.

Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia:

Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak melanda istana roboh berderai. Sebolehnya jadikanlah binaannya kukuh, sekukuh istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan tetap utuh dan teguh.



Namun kekukuhan dalam perkahwinan itu memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.

Bagaimanapun, apabila melayari sebuah bahtera perkahwinan ramai yang menyatakan bahawa kebahagiaan dalam rumah tangga sebenarnya hanya bergantung kepada seks semata-mata.
Memang tidak dinafikan bahawa seks amat penting di dalam perkahwinan dan juga membawa kepada beberapa akibat buruk jika tidak dipenuhi, namun itu bukanlah syarat utama dalam kemanisan kehidupan sesebuah perkahwinan.

Pensyarah Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berpendapat, sesebuah perkahwinan yang bahagia harus mempunyai komponen kasih sayang, saling mempercayai dan menghormati, di samping memenuhi zahir dan batin.

Kehidupan suami isteri perlu seimbang dalam pelbagai aspek. Tidak boleh memberi keutamaan kepada satu aspek sahaja, contohnya hubungan seks semata-mata tetapi sebaliknya harus bersifat sederhana.

Bersederhana dalam erti kata cukup dalam memaniskan dan mengekalkan keutuhan rumah tangga itu. Misalnya dalam mencari kemewahan, janganlah sehingga mengabaikan keluarga sehingga keadaan porak peranda.



Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memain peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak.

"Ini kerana dari segi psikologi, lelaki dan wanita berbeza kehendak seksualnya. Organ-organ jantinanya berbeza. Lelaki dan wanita perlu sedikit pengetahuan mengenai seksualiti, barulah kepuasannya itu dirasai oleh kedua-dua pihak.

"Selain itu, rata-rata wanita Asia seorang yang pemalu, tidak bersifat terbuka mengenai isu berkaitan dengan seks, lebih memendam rasa dan tidak suka berterus terang dengan suami. Ada juga isteri hanya mahu menanti dan bahkan tidak pernah diberi peluang untuk mencapai kepuasan.

"Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami-isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan,'' katanya ketika ditemui di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Menurut Dr. Saedah, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang dianugerahkan Allah dengan tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat anak Adam dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.

Di samping itu, ia juga antara kaedah dala menguruskan tekanan atau stres serta menjalin hubungan mesra dan menyemai kasih sayang serta cinta antara suami isteri.

"Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan, ia hanya bentuk aktiviti yang bertanggungjawab serta halal. Oleh itu, suami tidak harus memberi keutamaan dalam hal ini sedangkan banyak lagi komponen yang penting dalam melayari bahtera tersebut.


"Bahkan, tanggungjawab suami juga cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumah tangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumah tangga,'' tambahnya.

Katanya yang berpengalaman dalam bidang kaunseling hampir 20 tahun, dalam membina sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan untuk sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami, sentiasa berbincang dan bermusyawarah. Sifat ini amat perlu sama ada dalam menghadapi permasalahan kecil atau pun besar.

"Tanggungjawab suami sebagai pemimpin dalam sebuah rumah tangga merupakan satu amanah Allah yang wajib ditunaikan. Ini bermakna menjadi tanggungjawab kepada suami untuk menanggung perbelanjaan keluarga mengikut kemampuannya.

"Kewajipan ini termasuk juga sama ada isteri mempunyai harta atau pendapatan sendiri. Bagaimanapun isteri boleh menyumbang untuk perbelanjaan keluarga dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

"Oleh itu, sebagai suami , mestilah sedaya upaya berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab menyediakan perbelanjaan keluarga seperti tempat tinggal, pakaian, makan, minum dan sebagainya. Cuai memberi nafkah zahir adalah merupakan satu dosa,'' tegasnya.

Secara kesimpulan, peranan seks dalam perkahwinan perlulah bersifat sederhana, janganlah ia dijadikan tunjang utama sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain. Suami isteri perlu memahami peranan masing-masing dalam perkahwinan, jika mahu melihat ia terus utuh.
Bedroom Again..(18sx)
Entri kali ni lebih sesuai dibaca oleh golongan dewasa. Kebanyakan antara kita agak malu membincangkan soal ini bersama pasangan. Are you satisfied with your sex life? Dibawah ini ada sedikit tipis yang boleh kita kongsi bersama hasil dari pembacaan MK.

Simple self improvement tips:

Talk about it..


  • Is your partner doing something that pleases you? Tell him or her. It's called positive reinforcement.

  • Make concrete requests, such as, "Hold me and kiss me.'' This is more likely to get the desired result than expressing a vague wish, like "Be romantic."

  • Talk gently and honestly about sex afterward, about what worked and what didn't. When stating your preferences, begin by saying something like "I like it when . . ." It sounds better (and will evoke better results) than "You always do this wrong . . ."

Honesty, the Best Policy


Tell the truth, walaupun kadang ia melukakan atau menyinggung perasaan pasangan anda. Do communicate it clearly with your partner. What you like or dislike. Maybe it can help both of you with a better one.

Pentingkah memilih pasangan!
Minggu lepas MK ada baca akhbar tabloid yang satu artikelnya betul-betul menarik perhatian MK. Kalau tak silap front page kot, "Kahwin Ekspress", bukan bas jer ade ekspress kawin pun sekarang ade ekspress jugak. Mengambil kira apa yang berlaku disekeliling kita hari ini, mengapa suma ini boleh berlaku.

Penting sangat kah memilih pasangan hidup ni or sekadar suka sama suka dah boleh dijadikan tiket untuk berkahwin. Ada banyak faktor yang membolehkan kita memilih calon isteri atau suami. Jika didalam Islam telah digariskan empat perkara ini supaya diberi keutamaan bila memilih pasangan iaitu Agamanya, Hartanya, Keturunannya dan Kecantikannya. Tapi yang paling penting antara empat perkara ini ialah Agamanya.

Kenal hati budi calon pilihan anda sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Ya kadang-kadang zaman bercinta ni tak sama bila dah berumahtangga. Selalu juga kita dengar orang merungut belum dapat dulu bukan main lagi, dah dapat macam ni pulak jadinya. Perubahan masa itu membuatkan perkara ini berlaku, kenapa? Pasangan kita mengharapkan kita matang dalam membuat sesuatu pekara, baik tingkah laku atau perbuatan. Lelaki terutamanya tak suka benda-benda yang remeh temeh ni. Asal majuk nak pujuk..majuk-majuk nak bermanja. Tapi biar la apa yang dilakukan tu kena pada tempatnya.

Perkahwinan bukan untuk sehari dua, tetapi untuk sepanjang hayat. Jadi pilihan tu hendaklah tepat, kita manusia "nobody is perfect". Pada MK kena la terima pasangan kita seadanya. Biar sedap mata memandang yang penting layanan kita sebagai suami atau isteri. Mak MK selalu pesan cari huby yang sayang sangat kat kita, bukan sebaliknya.

Untuk kengkawan yang tak kawin lagi jangan takut untuk berumahtangga. Ada banyak keistimewaannya bila dah kawen. Rugi pulak nanti. Bagi yang dah kawin pikul la tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri dengan baik. Jumpa lagi.
Kekerasan Bunuh Hubungan Suami Isteri
Tertarik dengan satu artikel yang disiarkan di Harian Metro, antaranya seperti yang terkandung dibawah:

Pasangan sepatutnya saling berkasih sayang, mempunyai sifat belas ihsan dan baik hati TINDAKAN kekerasan terhadap wanita berlaku dalam masyarakat melangkaui batasan kumpulan etnik dan agama. Sesetengah diperlakukan sesuka hati, diherdik dan dipukul, malah dirogol tanpa simpati dan belas ihsan.


Rogol adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan hubungan seksual tanpa keizinan atau kemahuan. Mangsa mengalami kemusnahan hidup dan trauma yang sukar digambarkan.

Jika ia berlaku di antara pasangan suami isteri, ia sungguh mengaibkan! Memang jarang diperkatakan, tetapi sedar atau tidak, ia suatu isu sosial yang berlaku dalam masyarakat. Kajian menunjukkan kekerasan di antara suami dan isteri ini selalunya bersifat kekejaman dalam senyap. Bahkan, secara umum ia memberikan kesan lebih teruk dan traumatik terhadap mangsa, walaupun kerap kali ia dilihat tidak serius.

Lazimnya kes rogol membabitkan orang asing hanya mengakibatkan kemusnahan terhadap diri dalam satu kejadian, tetapi dalam ikatan perkahwinan mengakibatkan kemusnahan bersiri, bahkan memakan waktu bertahun-tahun. Apabila dirogol suami, anda sebenarnya tinggal dengan perogol! Cukup janggal bunyinya bukan tetapi kenapa seorang lelaki merogol isterinya?Jika diperhatikan, kebanyakan wanita yang dilaporkan dirogol suaminya memberikan persetujuan untuk mengadakan hubungan seksual. Jadi, sejauh mana Islam menilai isu penderaan domestik ini?

Apabila diperhatikan kepada nas, baik daripada al-Quran dan hadis, tiada istilah kekerasan mutlak seharusnya digunakan terhadap isteri mahupun suami. Islam memberikan penekanan kepada konsep saling berkasih sayang antara suami isteri. "Dan, di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir." (ar-Ruum: 21)Bekas Presiden Pertubuhan Islam Amerika Utara, Dr Muzammil H Siddiqi, berkata hubungan antara pasangan suami isteri sepatutnya berasaskan kesejahteraan, kasih sayang dan belas ihsan.

Menurutnya, tiga ciri itu adalah konsep yang sangat penting dalam agama dan menyumbang ke arah pembentukan perkahwinan Islam yang ideal. Suami dan isteri juga katanya, harus mengetahui yang mereka adalah sumber kesejahteraan dan keselesaan antara satu sama lain."Mereka sepatutnya melakukan setiap perkara secara fizikal, emosi dan rohani untuk membuatkan diri pasangan berasa gembira dan selesa. Mereka perlu menjaga diri setiap pasangan," katanya.

Dalam Islam, suami dan isteri tidak dibenarkan menuntut sesuatu yang bertentangan dengan agama, termasuklah segala bentuk kekerasan dan perkara yang tidak betul dengan norma agama dan kemanusiaan. Hubungan seksual adalah kehendak dan keinginan semula jadi. Dalam Islam, ia hanya dibenarkan antara pasangan yang dibenarkan dan oleh kerana itu, kehendak terbabit harus dipertimbangkan kedua-dua pihak.

Katanya, wanita sepatutnya memberikan tindak balas secara postif dan lelaki juga sepatutnya tidak sekali-kali memaksa isterinya, tetapi isteri tidak sepatutnya menunjukkan keangkuhan, rasa meluat atau menolak apabila suami mendatanginya.Apa pun bagi suami, penafian isteri untuk mengadakan hubungan seksual sepatutnya menjadi tanda bagi suami yang menunjukkan isterinya tidak bersedia sama ada disebabkan emosi atau fizikal.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya dan saya adalah orang yang paling baik terhadap isteri." (Hadis riwayat Tabrani dan Tirmidzi)
Rakyat Malaysia Pengguna VIAGRA Terbesar Dunia

Semalam MK terbaca satu artikel dalam sebuah majalah, satu laporan membuktikan bahawa rakyat Malaysia merupakan pengguna pil viagra per kapita terbesar di dunia. Terkejut? Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menggunakan pil berkenaan disebabkan masalah mati pucuk (ED). Ooopppss..

Dianggarkan lebih 40,000 rakyat Malaysia mengambil viagra secara tetap atas prekripsi doktor. Entah berapa ramai lagi pengguna viagra yang kita tak tahu, mengambilnya tanpa preskripsi doktor. Tak mustahil ada banyak ubat kuat kat Malaysia ni kan? Tengok je la iklan kat TV, even kat internet ni pun. Minyak ni la minyak tu la. Tapi tak tau la keberkesanannya kan? Biasa la, manusia kan tak pernah puas dengan apa yang ada. Especially bab-bab keintiman ni kan..nak extra power la katakan.

Just nak nasihatkan sikit kat kawan-kawan diluar sana. Make sure apa yang anda ambik tak memudaratkan diri. Pastikan produk yang anda gunakan mempunyai sijil or lesen dari kementerian kesihatan. Nanti lain pulak jadinya. Kadang-kadang ramai yang terpengaruh ngan kawan-kawan, certain orang to open to talk about this. Maybe tak suma la kan. Minta maaf kalau post kali ni cam pelik sikit.

P/S: MK jadi pendengar yang setia.
Khasiat Peluk Isteri
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, "Fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan, seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah", katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks : Penawar dan Rawatan bagi Banyak Penyakit di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perpektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang baru-baru ini.Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolestrol dan meningkatkan kesihatan isteri."Oleh itu, suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap," katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berterampilan menarik. "Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri," kata Fadzilah.

So apalagi, bagi yang dah berkahwin praktikkan la selalu. Tapi yang belum berkahwin tu ingat ye ditegaskan disini memeluk isteri bukan aweks...heheheheh.