Welcome 2009...
Salam tuk semua,

Tinggal beberapa jam lagi kita akan meninggalkan tahun 2008. Bagi MK 2008, merupakan tahun yang sibuk. Mana tak nya tahun ni si kecik Fikri dah semakin membesar, biasa la kan budak2 time ni la nak cuba suma benda di sekitar dia. Lagi satu tahun ni si kecik Fikri 2 kali masuk hospital. Di harap tahun 2009 ni anak2 MK suma nya sihat2 belaka.

Abang Irfan plak masuk skolah tahun 2008, walaupun baru tahun pertama masuk skolah abang cepat tangkap, macam "sponge" leh absorb suma. Sebab dah biasa manja kehadiran adik buatkan masa tuk abang kurang sikit. Bayangkan la dah jarak 4 tahun antara diaorang.

Huby plak selalu sibuk dan tiap bulan ade je kena gi outstation. Tapi dah tugas dia so MK kena la terima. Asalkan dia balik dalam keadaan selamat pun dah syukur. Tahun ni jugak atas dasar tugas huby kena pergi Dubai tu pun seminggu...yang kesian nya MK la kan...kena tinggal.

Thanks kat emak dan ayah sebab slalu turun KL, tolong jaga dan tengok2 cucu2 yang nakal ni. Nasib la ada airasia..senang kan bila2 pun leh datang. Alhamdulillah rezki tahun ni pun tak putus2 baik MK maupun huby. Syukur Alhamdulillah...

Diharapkan tahun 2009 ni semua perjalanan hidup MK dan family berjalan lancar. Diberikan kesihatan yang baik..InsyaAllah. Buat kawan2 yang membaca coretan MK ni semoga 2009 menjadi tahun yang bermakna dalam hidup anda.
Salam Maal Hijrah 1430..
Assalamualaikum,

Diharapkan di tahun baru ini kita semua diberi kesejahteraan hidup, kesihatan dan diberkati Allah. Azam tahun baru ni ape yer? Biasa la kan bila masuk tahun baru suma orang akan tanye apa azam tahun baru anda. Bagi MK, MK berazam semoga menjadi seorang muslim, isteri, ibu, anak dan warganegara yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Improve apa yang kurang, buang ape yang tak patut dan upgrade diri dengan ilmu dunia dan akhirat...InsyaAllah. Apepun esok MK kena kerja...jadi MK nak masuk tidur dulu. Buat semua yang akan bercuti esok hari, manfaatkan la cuti anda sebaik mungkin.
Just changed my hp...

This is the third one and the last one for year 2008. I grab Sony Ericson G900. A touch screen phone...with wi-fi.

G900
Touch to goChoose how you want to use your phone. Make a call, listen to a song, visit a Web site. Use the key control - or just touch the screen with your finger to make it happen.

Quality picturesThe 5 megapixel camera lets you take print-quality photos. Set your picture's focus area by touching the screen. Take your photo, then share - blog it.

Quick NotesWhat you can do with pen and paper, you can do with your G900. Press the Notes key and use the stylus to write in your own handwriting. Quick and easy, no keyboard needed.
Friendster...
Salam semua,

Seorang kawan tanye MK pasal anta komen gambar pompuan sexy kt dalam friendster. Setahu dia MK takkan buat keja tu. Uish..betul la takkan la nk anta komen mengarut cm tu kan, mmg bkn MK yang anta confirm.

Abis tu ape dah jadi dengan ac friendster tu, sapa yang anta suma komen2 tu kalau MK tak buat kan. So kawan MK ni pun suggest baca satu blog ni kat situ penulis ni ada huraikan pasal kejadian yang berlaku tu. Kalau nk tau lebih lanjut sila lawati blog ni http://www.ustaz-it.com/.

So kengkawan kalau menerima komen yang sama jangan cuba nk click lak..sebab kita tak tau apa yang dorang nk anta. Kot nye anta virus kan naya. Harap suma lebih berhati2 di masa akan datang jgn klik pd link yg sembarangan.
Gian..
Hi all,

Malam ni rasa gian ckit nak tulis dalam Bahasa Sarawak. Hehehe pelikkan padahal kat rumah memng hari2 pun ckp Bahasa Sarawak ni. Siapa yang rasa2 nye tak leh faham, leh la tanye..nanti dengan senang hati MK akan translate kat korang.

Apa nak ditulis oo.. esok Christmas eve company berik 1/2 day release, maksudnya leh pulang keja awal. Tp sik dapat juak nak pulang awal mun keja sik settle. Memandangkan ada colleague yang nak celebrate Christmast berik chance ngan cdaknya pulang awal. Sik hal leh replace 1/2 day ya ngan hari lain.

Lagikpun mun huby sik cuti ney best mun nak pulang awal. Menar ndak? Pa hal nanyak nga kitak orang indah..tanya dikmpun la ooo...Ok lah mun sik paham klak just tanya..Nak tido lok..Gudnite all!!!
Nak Baby Tak? (18SX...uish)

Tips untuk dapatkan baby..sharing is caring..

Melakukan hubungan seksual ketika waktu subur.
Tentukan waktu subur anda.
Telur yang matang hidup 24 jam manakala sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita.
Disarankan melakukan hubungan sebelum saat ovulasi berbanding selepas ovulasi.

Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual.
Tidak ada had atau angka yang tepat untuk memastikan berapa kali seorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil.
Penting untuk melakukan hubungan sekerap mungkin sewaktu waktu subur.

Posisi Hubungan Seksual
Posisi suami di atas mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk hamil.
Letakkam bantal kecil dibahagian pinggul , memudahkan sperma berenang ke dalam rahim.
Elakkan posisi wanita di atas, duduk atau berdiri. (Hukum graviti)

Bertenang dan Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda.
Bertenang, jangan stress. Fokus beb.
Wanita yang mencapai tahap orgasme-klimaks lebih mudah hamil.

Jaga Kesihatan Anda
Jangan merokok, pastikan tubuh cukup zat.
Jaga berat badan. (jangan terkurang atau lebih dr jisim indeks tubuh yang sepatutnya)
Bagi yang lelaki elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas.

Norman ceraikan Abby talak satu...

Mutakhir : Berita Harian


KUALA LUMPUR: Pelakon, Norman Hakim sah bercerai talak satu dengan isterinya, Abby Abadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini hari ini. Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengesahkan penceraian itu antara Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, dengan Arbaeyah Abdul Manan, 31. Norman menangis sewaktu hendak melafazkan cerai berkenaan dan terpaksa menenangkan diri selama 40 minit.

So apa pendapat korang, bila hal begini berlaku. Kita pun tak tahu masalah dorang kan. So apa2 pun fikir la apa tujuan perkahwinan itu berlaku.

Health - Important Tips
  • Answer the phone by LEFT ear.
  • Do not drink coffee TWICE a day.
  • Do not take pills with COOL water.
  • Do not have HUGE meals after 5pm.
  • Reduce the amount of OILY food you consume.
  • Drink more WATERin the morning, less at night.
  • Keep your distance from hand phone CHARGERS.
  • Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
  • Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
  • Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
  • When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.
Christmas gift exchage..
Pecah kepala jugak sebab tak tau nk beli ape tuk exchange gift ni. Dah ronda kat Memory Lane waktu lunch tadi, tp tak leh nak decide ape2 la. Sebab nak gi course ari Khamis ni kena pass esok.. Adui tk beli ape pun lagi. Macam mana ni..

Esok macam mana pun kena kasi la gift tu…sebab last weekend huby gi outstation tak sempat nk gi usha hadiah kat mana2. Ingat nak gi Jusco td..tp takut huby tk nk gi pulak. Tengok la esok cm mana…
Bahasa Melayu Sarawak: Pt 1
Hi kengkawan,
Hari ini kita belajar beberapa lagi perkataan mudah. Sebenarnya bahasa Melayu Sarawak ini sangat mudah dipelajari, terselit banyak perkataan Bahasa Melayu. Dibawah ini saya sediakan beberapa lagi perkataan yang mungkin kita biasa dengar.
1. Sik ada = Tidak ada
2. Sik tauk = Tidak tahu
3. Sik Mauk = Tidak Mahu
4. Sik Apa = Tidak Apa
Satu perkataan lagi yang orang suka ajuk ialah belon dalam bahasa Melayu Sarawak ia bermaksud kapal terbang. Selamat belajar..semoga berjumpa lagi.
Labels: 0 comments | edit post
Mari Belajar Bahasa Melayu Sarawak: Pengenalan
Kepada rakan2 semua untuk kali ini saya ingin berkongsi kepada semua mengenai Bahasa Melayu Sarawak yang menjadi perantaraan penduduk. Hari ini kita akan memperkenalkan beberapa perkataan mudah. Kita akan mula kan dengan pengenalan diri yang biasa kita gunakan untuk pertuturan sehari2.

1. Kamek (lebih sopan)/Aku = Saya

2. Kitak = Awak

Contoh ayat : "Nama kamek Mawar. Siapa nama kitak?"

Ayat ini bermaksud: "Nama saya Mawar. Siapa nama awak?"

Perkataan kamek adalah lebih sopan maksudnya bukan bahasa kasar berbanding perkataan aku. Selalunya digunakan apabila bercakap dengan orang lebih tua, orang yang dihormati atau orang yang tidak dikenali.
Labels: 0 comments | edit post
Beautiful Sarawak


Sarawak is located on the island of Borneo. Sarawak is the largest of Malaysia's 13 States. It is home to Batang Rajang, the country’s longest river, and Mulu, the world’s most extensive cave system. Holding the world’s oldest and second largest tropical rainforest after the Amazon, Sarawak is a marvel of biodiversity.

Sarawak also known as the Land of Hornbills. It is naturally blessed with vast areas of both lowland and highland rainforest. The rainforest is home to an incredible variety of more than 8,000 species of flora and over 20,000 fauna, the majority of which are insects. Sarawak also rich in culture, history and heritage.

Sarawak is presently divided into 11 administrative divisions; Kuching, Kota Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri and Limbang. Kuching is the state capital and seat of the government.
Sales lagi...!!!!

Baru dapat email ni dari seorang kawan...sekarang ni mana2 pun ade sales..

So check it out!
Labels: 0 comments | edit post
Budak Pun Takut Kena Sumpah!!
Pada suatu petang, tiga orang budak lelaki bermain sorok-sorok. Dua orang menyorok dan seorang lagi mencari kedua rakannya. Dua orang budak itu menyorok di belakang bilik air dan kebetulan ketika itu, seorang gadis sedang mandi. Secara tidak sengaja, dua orang budak itu, ternampak gadis yang sedang mandi tersebut. Beberapa minit kemudian seorang daripada budak itu menjerit dan lari lintang-pukang. Setelah jauh dari tempat itu, kawannya bertanya, "Mengapa engkau lari?" "Uuhh... mak aku pernah cakap kalau kita mengintai perempuan mandi, nanti kena sumpah jadi batu..." "Masa aku tengok perempuan tu tadi, aku rasa ada sesuatu dah mula mengeras, aku rasa dah nak mula jadi batu, sebab tu aku lari...," jawabnya lagi.
Facebook..

Sebelum ini saya memang sudah mempunyai akaun friendster. Entah macam mana tergerak hati pulak nak mendaftar masuk untuk Facebook ni. Sebelum tu ada kawan yang ajak masuk sebab ade ramai kawan-kawan yang rasanya lebih 10 tahun kita tak jumpa...boleh jumpa balik dalam facebook ni..

Apa yang menariknya tentang facebook ni rasanya aplikasi lebih canggih berbanding friendster. Sebagai orang baru saya mengakui yang saya tidak begitu faham sangat tiap aplikasi dan fungsi kat dalam facebook ni. Jadi banyak masa dihabiskan untuk menggodek tiap fungsi kat dalam ni.Ambil masa sedikit orang baru la katakan.

Itu la kelemahan saya, bila dah mula satu benda baru jadi ketagih pulak. Kalau sehari tak update atau check apa yang ada kat dalam facebook memang tak sah. Hehehe..benda baru kan hari2 pun nk tengok, terujanya. Harapan saya hanya satu boleh jumpa balik rakan2 yang lama terputus hubungan.