Mari Belajar Bahasa Melayu Sarawak: Pengenalan
Kepada rakan2 semua untuk kali ini saya ingin berkongsi kepada semua mengenai Bahasa Melayu Sarawak yang menjadi perantaraan penduduk. Hari ini kita akan memperkenalkan beberapa perkataan mudah. Kita akan mula kan dengan pengenalan diri yang biasa kita gunakan untuk pertuturan sehari2.

1. Kamek (lebih sopan)/Aku = Saya

2. Kitak = Awak

Contoh ayat : "Nama kamek Mawar. Siapa nama kitak?"

Ayat ini bermaksud: "Nama saya Mawar. Siapa nama awak?"

Perkataan kamek adalah lebih sopan maksudnya bukan bahasa kasar berbanding perkataan aku. Selalunya digunakan apabila bercakap dengan orang lebih tua, orang yang dihormati atau orang yang tidak dikenali.
Labels: edit post
0 Responses