Facebook..

Sebelum ini saya memang sudah mempunyai akaun friendster. Entah macam mana tergerak hati pulak nak mendaftar masuk untuk Facebook ni. Sebelum tu ada kawan yang ajak masuk sebab ade ramai kawan-kawan yang rasanya lebih 10 tahun kita tak jumpa...boleh jumpa balik dalam facebook ni..

Apa yang menariknya tentang facebook ni rasanya aplikasi lebih canggih berbanding friendster. Sebagai orang baru saya mengakui yang saya tidak begitu faham sangat tiap aplikasi dan fungsi kat dalam facebook ni. Jadi banyak masa dihabiskan untuk menggodek tiap fungsi kat dalam ni.Ambil masa sedikit orang baru la katakan.

Itu la kelemahan saya, bila dah mula satu benda baru jadi ketagih pulak. Kalau sehari tak update atau check apa yang ada kat dalam facebook memang tak sah. Hehehe..benda baru kan hari2 pun nk tengok, terujanya. Harapan saya hanya satu boleh jumpa balik rakan2 yang lama terputus hubungan.

Labels: edit post
0 Responses